Starlink Kini Beroperasi Secara Rasmi Di Malaysia

Starlink, syarikat pembekal sambungan internet satelit dibawah pengelolaan SpaceX merupakan sebuah jenama yang banyak diperkatakan kebelakangan ini bersama-sama Tesla kerana pertemuan atas-talian diantara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemilik SpaceX dan Tesla, Elon Musk.

Pada minggu lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta untuk pihak kerajaan membeli sejumlah piring satelit Starlink untuk dipasang di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan walaupun pada masa tersebut, Starlink masih belum beroperasi secara rasmi di Malaysia.

starlink malaysia rasmi fahmi fadzil

Terkini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah memberikan lesen Pemberi Kemudahan Dan Perkhidmatan Rangkaian kepada Starlink, dan ini membolehkan syarikat tersebut untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejut seperti yang disangka, kerana pra-tempahan untuk perkhidmatan Starlink ini sudahpun mula diperkenalkan melalui laman web mereka sejak bulan Mei tahun ini. Cuma dengan pengumuman ini, ia boleh dikatakan dengan kepastian bahawa Starlink akan beroperasi di Malaysia tidak lama lagi.

Melalui ciapan yang sama, Fahmi Fadzil juga mengatakan bahawa perkhidmatan internet satelit Starlink boleh dipasang di kawasan pedalaman, sesuatu yang sudahpun dilakukan oleh pembekal internet satelit tempatan CONNECTme NOW.

credit : https://amanz.my/2023403880/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

www.starlinkmalaysia.officialsite.my is an unofficial resource for SpaceX Starlink satellite internet users. We are not affiliated with Starlink or SpaceX in any way.

X
Klik untuk wasap