Soalan Lazim

Anda mempunyai pertanyaan berkenaan Sewa Starlink? Layari laman ini untuk melihat jawapan kepada soalan lazim berkenaan Sewa Starlink

Getting Started

Bagaimana saya boleh menyewa peralatan Starlink?

Anda boleh menyewa peralatan Starlink dengan menekan butang WhatsApp yang terdapat di laman ini atau klik https://wa.me/+60173069707. Anda perlu memberikan maklumat peribadi, lokasi pemasangan dan lokasi penghantaran. Kami akan menyemak kekosongan tarikh. Diharap pelanggan dapat menempah dua minggu lebih awal.

Adakah terdapat maklumat lain yang diperlukan?

Kami akan mengambil satu salinan kad pengenalan atau lesen memandu yang belum tamat tempoh untuk dokumentasi

Bagaimanakah kiraan hari dikira?

Kami mengambil kira 24 jam sebagai sewaan satu hari bermula pada jam penerimaan peralatan. Seperti contoh penerima menerima peralatan pada jam11 malam hari Selasa, hari Rabu jam11 malam keesokaannya dikira satu hari sewaan.

Bagaimanakah saya ingin mengambil peralatan?

Kami akan membuat penghantaran terus ke pintu rumah anda. Percuma untuk kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya. Jika diluar kawasan, kami akan mengenakan caj yang minima.

Apakah pelan yang disertakan bersama pakej sewaan peralatan Starlink?

Kami menggunakan pakej Roam Mobile Regional

Jika saya ingin menyewa lebih daripada 14 hari, adakah terdapat potongan harga?

Ada. Kami memberikan percuma 1hari untuk setiap 10hari sewaan.

Adakah terdapat sewaan jangka masa panjang?

Kami baru sahaja mengeluarkan 1 pakej jangka masa panjang iaitu 6 bulan dan 12 bulan. Boleh lihat pakej disini

Billing

Berapakah harga sewa peralatan Starlink sehari?

Harga sewa peralatan Starlink adalah RM55 sehari. Minimum satu hari.

Adakah terdapat bayaran lain?

Kami mengambil deposit sebanyak RM500 sebagai wang jaminan terhadap peralatan yang disewakan.

Bilakah deposit akan dipulangkan?

Deposit akan dipulangkan serta merta setelah pihak kami berpuas hati peralatan diterima dalam keadaan baik.

Adakah terdapat caj lain yang perlu saya tahu?

Bayaran penggunaan data berdasarkan GB jika ke laut

Bila caj tambahan akan dikenakan?

Bila telah tiba di darat kami akan melihat berapa banyak penggunaan GB data dan akan maklumkan kepada anda. Bayaran juga boleh dibuat melalui potongan deposit.

Bagaimana bayaran boleh dibuat?

Kami mengambil bayaran penuh sewaan melalui pindahan wang ke akaun syarikat semasa penyerahan peralatan.

Bolehkah bayaran melalui cek?

Kami menerima cek sebelum tarikh penyewaan. Kami akan menyerahkan peralatan setelah cek dijelaskan.

Bolehkah bayaran melalui pesanan kerajaan / LO?

Boleh, kami mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Terdapat bayaran tambahan akan dikenakan bagi caj e-Perolehan.

Bolehkah saya dapatkan sebut harga / quotation terlebih dahulu?

Boleh. Sebut harga akan disediakan atas permintaan

Bolehkah pihak syarikat mengeluarkan invoice untuk kami membuat pembayaran?

Boleh. Tiada masalah.

Bagaimana jika peralatan rosak disebabkan oleh penyewa?

Kami akan meminta bayaran penuh mengikut harga semasa peralatan dan peralatan yang rosak diserahkan kepada penyewa.

Peralatan

Apakah peralatan yang dibekalkan?

Anda akan menerima piring satelit, tapak satelit, Router, kabel Starlink, power kabel dan sebuah telefon android untuk menghubungkan ke Apps Starlink. Selain itu sebuah kotak penyimpanan dan kain.

starlink dishstarlink dish 2starlink routerstarlink cablestarlink power cablestarlink malaysia phone android

Kenapa telefon dibekalkan?

Untuk memudahkan penyewa mengakses ke Apps Starlink bagi sebarang konfigurasi seperti STOW, Restart peralatan dan lain-lain.

Apa yang dimaksudkan dengan STOW?

Proses dimana piring satelit ditetapkan dalam kedudukan untuk disimpan ke dalam kotak

Adakah peralatan disertakan dengan beg?

Kami dalam proses mencari kotak / beg / hard case yang sesuai untuk penyimpanan peralatan. Jadi buat masa ini kami hanya membekalkan peralatan di dalam plastik kontena beserta kotak asal sahaja.

Terdapat dua peralatan satelit Starlink iaitu Standard dan High Performance. Peralatan yang mana satu ditawarkan oleh pihak syarikat untuk disewa?

Kami membekalkan sewaan peralatan jenis Standard.

Apakah perbezaan jenis peralatan Standard dan High Performance?

Terdapat 12 perbezaan pada peralatan High Performance yang iaitu; piring lebih lebar, sudut pandang piring lebih luas 30 darjah, 4x lebih servis tersedia, 35% keterlihatan satelit yang lebih baik, gps yang dipertingkatkan, IP56 dilindungi daripada pancutan air tekanan tinggi, IP54 dilindungi daripada jumlah habuk yang terhad, 3x lebih pantas pada suhu 35 degree, pengurusan haba 1.7x lebih cepat mencairkan salji (tidak perlu untuk Malaysia), keutamaan trafik yang lebih tinggi, lebih stabil (less ping drop), (higher download speeds),

Jika kami ingin menyewa peralatan High Performance, dapatkah pihak syarikat sediakan?

Maaf, kami tidak dapat menunaikan permintaan tersebut.

Berapa panjang kabel asal Starlink daripada piring satelit?

50 kaki atau 15.2 meter sahaja.

Bagaimana jika saya memerlukan kabel yang lebih panjang?

Maksimum panjang kabel yang ada dalam simpanan kami adalah 150 kaki atau 44 meter. Permintaan lain-lain alat sewaan akan dikenakan caj tambahan. Sewaan Kabel RM40 sehari.

Berapakah input bekalan kuasa diperlukan untuk menghidupkan peralatan Starlink?

Kami mengesyorkan penyongsang gelombang sinus tulen dengan sekurang-kurangnya 500W keupayaan kuasa.

Adakah power supply dibekalkan oleh pihak syarikat?

Kami tidak membekalkan power supply jenis mudah alih.

Saya ingin menyewa lebih dari satu unit Starlink. Bolehkah pihak syarikat bekalkan?

Maaf buat masa ini kami hanya mempunyai satu unit sahaja.

Pemasangan

Bagaimana proses pemasangan peralatan Starlink dilakukan?

Proses pemasangan boleh dipasang sendiri oleh penyewa seperti dibawah. Tatacara akan disertakan.

starlink malaysia setup

starlink malaysia satelit stow

Saya tidak pernah menggunakan Starlink. Bolehkah pihak syarikat tunjukkan cara pemasangan?

Jangan risau kami akan membuat demo pemasangan semasa peralatan dihantar.

Bolehkah saya sambungkan komputer atau laptop menggunakan kabel RJ45 kepada Router?

Tidak boleh. Anda memerlukan satu alat tambahan dipanggil Ethernet Adapter untuk penyambungan secara terus kepada Router. Ethernet Adapter tidak dibekalkan melainkan terdapat permintaan khusus. Permintaan lain-lain alat sewaan akan dikenakan caj tambahan. Sewaan Ethernet Adapter RM20 sehari. Lihat gambar dibawah untuk lebih jelas.

starlink malaysia ethernet adapter

Berapa band yang ada pada router?

Kami telah menetapkan dua band untuk memudahkan pengguna memilih julat wifi yang terbaik.

starlink wifi band networks 5g

Berapa jauh signal WiFi bagi Router Starlink?

Radius lebih kurang 8 meter

Berapa ramai pengguna boleh akses Router Starlink dalam satu-satu masa?

Mengikut spesikasi Router adalah 100 pengguna atau peralatan dalam satu-satu masa.

Saya telah pasang peralatan dan wifi telah pun bersambung. Saya masih tidak dapat akses ke internet, apa yang boleh saya buat?

Pastikan tiada halangan pada dish starlink. Pemandangan dish semestinya tepat ke arah langit.

sewa starlink malaysia salah pasang
caption : contoh pemasangan yang salah. Disk terlindung daripada langit.

Liputan

Adakah perkhidmatan Starlink tersedia di Seluruh Malaysia?

Starlink tersedia di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak di daratan sahaja.

Adakah di pulau-pulau Malaysia seperti Pulau Tioman dan Pulau Pangkor tersedia liputan Starlink?

Ya, Starlink tersedia di pulau-pulau yang terdapat di Malaysia.

Bolehkah saya menyewa Starlink untuk digunakan di pelantar minyak / pesisir Malaysia / offshore / tengah lautan?

Terdapat caj tambahan dikenakan iaitu RM15 untuk 1GB penggunaan. Caj akan dimatikan apabila anda tiba di daratan. Perlu diingat had data di lautan adalah terhad.

Adakah boleh jika saya sewa starlink diatas bot ketika memancing di laut atau tasik?

Boleh, terdapat caj tambahan dikenakan iaitu RM15 untuk 1GB penggunaan. Caj akan dimatikan apabila anda tiba di daratan. Perlu diingat had data di lautan adalah terhad.

Bolehkah saya menyewa untuk digunakan di luar negara seperti Indonesia atau Thailand?

Tidak, pelan sewaan kami tidak tersedia untuk digunakan di luar Malaysia.

Adakah Starlink berfungsi dengan baik dalam cuaca buruk?

Walaupun Starlink dirancang untuk berfungsi dengan baik, cuaca buruk seperti ribut petir boleh mempengaruhi kualiti sambungan. Ia boleh mengalami penurunan kelajuan sementara. Disarankan tutup untuk mengelakkan terkena kilat kerana alat seperti Ethernet adapter dan router tidak mempunyai pelindung kilat.

Speed and Data

Apakah kecepatan internet @ speed test yang ditawarkan oleh Starlink?

Kecepatan internet Starlink bervariasi, tetapi ia sering menawarkan kelajuan muat turun @ download yang lebih baik diantara 150Mbps sehingga 200Mbps dan kelajuan muat @ upload naik diantara 5Mbps sehingga 50Mbps daripada banyak perkhidmatan telco yang lain. Kecepatan tertentu akan bergantung pada keadaan cuaca dan kawasan pemasangan.

starlink malaysia speed test roam
caption : speed test yang diuji di Kuala Lumpur menggunakan band 5g

Apakah kecepatan internet @ speed test yang biasanya ditawarkan oleh telco-telco di Malaysia?

Kelajuan muat turun @ download 30Mbps sehingga 80Mbps dan kelajuan muat @ upload naik diantara 5Mbps sehingga 20Mbps.

Apa yang dimaksudkan muat turun @ download dan muat naik @ upload?

Apabila anda sedang membaca blog/website, membuka social media atau menonton video, anda sebenarnya sedang menarik bahan tersebut kepada anda untuk dipaparkan di skrin komputer atau smartphone anda. Proses ini dinamakan sebagai download.

Apabila anda post gambar di media sosial seperti di Facebook dan Instagram atau anda mahu upload video di YouTube, anda sebenarnya sedang meletakkan bahan tersebut di internet. Proses ini dinamakan sebagai upload.

Adakah terdapat had penggunaan data harian?

Tiada penetapan had data harian di daratan.

Apa yang dimaksudkan had data di daratan?

Data tanpa had (unlimited data) hanya terpakai di daratan sahaja. Anda akan dikenakan caj tambahan apabila berada di lautan dan data adalah terhad.

Bagaimana saya ingin tahu berapa banyak data yang saya pakai setiap hari?

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh UMobile pada 21/08/2022, purata seorang rakyat Malaysia menggunakan 25GB data internet setiap bulan. Disini anda boleh menganggarkan penggunaan data harian anda adalah 1GB sehari (seorang).

Support

Bagaimana saya boleh menghubungi sokongan pelanggan syarikat jika saya menghadapi masalah?

Anda boleh menghubungi sokongan pelanggan melalui nombor yang disediakan di laman web ini.

Lain-Lain

Bolehkah saya membeli peralatan Starlink daripada syarikat?

Maaf kami tidak menjual peralatan Starlink kepada pihak ketiga kerana terdapat beberapa polisi Starlink perlu dipatuhi. Boleh layari laman web www.starlink.com

Saya bukan rakyat Malaysia dan ingin membeli peralatan Starlink. Saya mempunyai kad kredit, Boleh bantu saya?

Sila hubungi kami untuk bantuan pembelian. Kami sedia membantu.

www.starlinkmalaysia.officialsite.my is an unofficial resource for SpaceX Starlink satellite internet users. We are not affiliated with Starlink or SpaceX in any way.

X
Klik untuk wasap